Wednesday, 25 January 2012

LATIHAN PERNAFASAN


Banyak penyanyi yang bukan profesional salah mengangap bahawa bernafas mengunakan dada,sebenarnya salah,teknik bernafas yang betul adalah menyedut udara luar masuk kedalam "Diagfram" sehingga penuh dan di keluarkan kembali melalui mulut,kalau kita lihat proses bernafas adalah normal bagi setiap manusia tapi apabila menyanyi perlu menggunakan pernafasan yang betul supaya bunyi yang dikeluarkan sempurna dan tidak sumbang.


Sebelum kita
 mula mengamalkan beberapa jenis senaman pernafasan mudah untuk menyanyi, saya perlu memastikan bahawa anda telah membaca seksyen saya pada 'Nafas', Supaya anda memahami bagaimana untuk bernafas dengan betul apabila menyanyi.
Ok, seperti yang anda tahu tentang pernafasan menggunakan diaphragm dan bagaimana menarik udara@nafas untuk menyanyi, mari kita teruskan dengan beberapa senaman pernafasan asas untuk menyanyi sesiapa sahaja yang boleh melakukan di mana-mana sahaja tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita.



Teory penting

Bayangkan sebuah belon dihadapan anda yang penuh dengan angin,dan kita mengangap bahawa belon itu adalah diagfram kita atau kita boleh juga mengangap ia sebagai tangki udara,sekarang saya hendak anda lepaskan angin melalui lubang kecil pada belon tadi,

dan saya hendak anda keluarkan bunyi "S" pada belon itu,untuk mendapat bunyi "S" yang single anda harus mengeluarkan angin pada belon itu secara perlahan2,ini juga dapat melatih otot kawalan nafas mengeluarkan bunyi yang sempurna,Cuba anda lepaskan angin belon secara sonsang atau mengejut,ia mesti akan mengeluarkan bunyi "Shhhh" ini bermakna bunyi ini bukan lah tidak sempurna tapi boleh mengakibatkan pengeluaran suara tidak keluar dengan sempurna dan boleh pancit di pertengahan nyanyian anda.

LATIHAN PERNAFASAN

Latihan 1 :Tarik nafas dan penuhkan diagfram anda,tahan seketika lebih kurang 10 ke 15 saat lepaskan secara perlahan lahan sehingga angin di dalam diagfram anda kosong,tarik nafas semula untuk mengisi angin yang sudah dikeluarkan kesemua tadi,rileks dan terus mengulangi teknik yang sama sekurang kurangnya 10 ke 15 minit setaip hari atau semampu anda.



Latihan 2 :Tarik nafas anda dan penuhkan angin didalam diagfram anda dan hembus angin keluar dengan  menghasilkan bunyi  'SSSS'(seperti ular berdesis), tetap memberi tumpuan kepada membuat bunyi yang stabil dan mengekalkan fokus. Ini bertujuan melatih diafragm dan otot sekitarnya boleh mengekalkan jumlah nafas apabila kita menyanyi, dan juga melatih kawalan nafas kita, supaya kita akan dapat memanipulasi dinamik atau kuat,lembut rendah dan tinggi lagu dengan lebih mudah. 


Latihan 3 : latihan ini sama seperti latihan yang kedua,Tarik nafas penuhkan diagfram anda,hembus keluar angin dengan mengeluarkan bunyi "S" tetapi "SSSS" seolah olah seperti mengeluarkan angin dari belon dengan cepat atau mendiamkan orang yang membuat bising ketika ceramah atau di perhimpunan ,biasa kita akan mendiamkan orang seperti "Shhhhh" betul tak, dan sekarangn tumpukan pada nafas dan bunyi anda, dan lakukan sehingga keluar semua angin di dalam badan anda,Latihan ini penting untuk seseorang penyanyi pergi ke nada2 tinggi dan memperluaskan lagi vokal anda.


Latihan 4: Sama sepeti latihan lainya,Tarik nafas dan penuhkan diagfram anda dan keluarkan angin dengan mengeluarkan bunyi "sssss" seperti tadi tapi secara patah patah,contoh "ssssss" "ssssss" "ssssss" lakukan sehingga angin keluar semua dari badan anda.Latihan ini bertujuan melatih otot supaya feksibel apabila menyanyikan lagu berentak laju dan irama tradisional dengan mudah.


Anda boleh melakukan latihan ini setiap hari seelok eloknya selepas bangun tidur,percaya kata saya anda tidak akan menyesal untuk melakukan latihan ini setiap hari sekiranya anda menjadi seorang penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment